SHOPPE

Yuna Beri Nasihat Berkaitan Putus Cinta

Share:
Yuna Beri Nasihat Berkaitan Putus Cinta


Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai

PELANTUN lagu Lelaki, Yuna sudah tidak asing lagi dalam industri tempatan mahupun antarabangsa. Kejayaannya melakar nama di persada industri antarabangsa menjadi kebanggaan rakyat Malaysia terutama sekali peminat-peminatnya.




Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai, 30; sama macam pemuda-pemudi yang lain. Pernah berdepan dengan alam remaja dan percintaan.

Penyanyi ini juga pernah bercinta dan merasai putus cinta, turut menasihati golongan remaja untuk tidak hilang semangat dan berputus asa apabila berdepan dengan masalah cinta.

Menurut Yuna kepada sebuah akhbar tempatan, kegagalan dalam alam percintaan bukanlah disebabkan kesilapan mana-mana pihak, namun ia dianggap sebagai tiada jodoh dalam perhubungan.

“Jika anda mempunyai masalah cinta, fikirkanlah mengenai insan yang sentiasa berada di sisi anda tidak kira apa saja yang berlaku. Kadang-kala jatuh cinta dan kemudian dilukakan oleh pihak lain adalah salah satu cara untuk kita belajar menghargai diri sendiri,” ujarnya.

Menurut Yuna lagi, seorang sahabat pernah berpesan kepadanya untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Sahabat yang selalu menasihati dan prihatin terhadap diri kita adalah sahabat yang baik.

Pemenang Artis Baru Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 ini berkata sekiranya putus cinta, ia merupakan satu takdir yang telah ditetapkan dan penuhilah hati yang kosong itu dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Secara tidak langsung ia akan mengasah bakat terpendam dan  pastinya akan ada seseorang yang layak hadir dalam hidup anda.

Yuna berkata demikian menerusi akaun Facebook miliknya selepas menerima banyak e-mel daripada peminat remaja yang meminta nasihatnya mengenai masalah dihadapi masing-masing.






“Begitu ramai daripada mereka bertanya bagaimana untuk berasa diterima orang, bagaimana untuk menghadapi masalah kemurungan dan bagaimana menghilangkan rasa untuk membunuh diri? Kesemua persoalan ini membimbangkan saya,” ujar penyanyi yang popular dengan lagu ‘Crush’ ini.

Dalam posting yang dimuat naik itu, Yuna juga turut menasihatkan golongan muda supaya tidak terlalu mengikut kata hati sehingga boleh menjurus ke arah kemurungan dan perlakuan yang tidak masuk akal seperti kecenderungan untuk membunuh diri.

Kata-kata akhir Yuna kepada pemuda-pemudi di luar sana sangat bermakna;

“YOU ARE SPECIAL. YOU ARE STRONG. YOU ARE BEAUTIFUL. YOU ARE LOVED. DONT LET ANYBODY TELL YOU ANY DIFFERENT.”




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah