SHOPPE

Penyanyi Tuntut Cerai Sebab Suami Sebar Gambar Kahwin

Share:
Penyanyi Tuntut Cerai Sebab Suami Sebar Gambar Kahwin



GAMBAR pernikahan Ovi dan Indra yang tersebar di Internet.

JAKARTA – Seorang anggota kumpulan dangdut Duo Serigala, Ovi Sovianti mahu menuntut cerai daripada suaminya selepas lelaki itu menyebarkan gambar perkahwinan mereka di Internet.




Ovi berkata, dia bertekad menuntut cerai daripada suaminya, Indra selepas lelaki itu mungkir janji dengan menyebarkan gambar pernikahan mereka.

Pasangan itu dilaporkan berkahwin pada 27 Jun 2014, tetapi gambar perkahwinan itu tersebar bulan lalu.

Katanya, dia mahu suaminya merahsiakan hubungan mereka kerana tidak mahu menjejaskan kariernya sebagai penyanyi.

“Ya, kerana gambar pernikahan itu saya mahu menuntut cerai,” kata Ovi.

Duo Serigala dianggotai Ovi dan Pamela Safitri dan kumpulan itu terkenal dengan goyang drible.

Sejak gambar berkenaan tersebar hubungannya dengan Indra renggang dan dia tidak dapat menerima tindakan suaminya itu.

“Dia (Indra) sendiri yang menyebarkan gambar perkahwinan kami sedangkan sebelum berkahwin dia berjanji untuk merahsiakan hubungan kami.

“Ini semua menunjukkan Indra tidak lagi menyokong karier saya dan saya bertekad mahu bercerai dengannya,” katanya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah