SHOPPE

Isteri Alah Bauan, Sam Tak Dibenar Pakai Wangian

Share:
Isteri Alah Bauan, Sam Tak Dibenar Pakai Wangian



BERITA kehamilan isteri vokalis kumpulan Bunkface,  Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharum, 28, sudah ramai yang tahu setelah vokalis itu sendiri mengumumkannya.




Isteri Sam yang kini hamil tiga bulan, Aida Azira Husin bagaimanapun dikatakan alah terhadap bauan hinggakan Sam tidak dibenarkan memakai sebarang bauan atau minyak wangi.


“Sejak isteri mengandung saya tidak dibenarkan pakai minyak wangi kerana dia tidak boleh bau apa juga wangian termasuk wangian kereta pun dia tidak suka dan dikatakan busuk,” ujar Sam kepada sebuah portal.

Adalah menjadi lumrah bagi setiap wanita yang mengandung mengalami alahan dan sensitif terhadap sesetengah perkara. Ianya berbeza-beza pada setiap orang. Ini terjadi disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan.

Menurut Sam lagi, tidak seperti wanita mengandung lain yang biasanya mendapat ‘morning sickness’ Azira mengalami ‘night sickness’.


Aida dijangka melahirkan cahaya mata mereka pada awal September 2016.

Sam dan Aida berkahwin pada 25 April 2015 dalam sebuah majlis yang diadakan di Dewan Sapura, Mines Resort City.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah