Seorang guru di sebuah sekolah menengah di Guangxi mengejutkan ramai apabila dia berbogel dan cuba merogol salah seorang pelajar di situ, dalam kejadian yang berlaku pada waktu persekolahan.
Guru terbabit dikenali sebagai Huo, 30, dan dilaporkan mengalami masalah mental.
Pelajar yang cuba dirogolnya itu berjaya diselamatkan oleh guru-guru lain di sekolah berkenaan dan mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut polis, Huo sebelum ini menerima rawatan sakit jiwa pada 2011 dan dua tahun selepas itu, dia disahkan sihat dan boleh kembali meneruskan tugas.
Bagaimanapun pihak sekolah meletakkan Huo untuk bertugas di dalam makmal sahaja dan dia tidak dibenarkan mengajar.
Sepanjang lima tahun ini,Huo berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik.
Susulan insiden berkenaan, pihak sekolah telah menghubungi polis dan keluarganya. Dia juga dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)