SHOPPE

Viral Pas Penerbangan Tulisan Tangan, Rayani Air Beri Penjelasan

Share:
Viral Pas Penerbangan Tulisan Tangan, Rayani Air Beri Penjelasan



SUSULAN gambar pas penerbangan milik syarikat penerbangan Rayani Air yang menjadi viral kerana menggunakan tulisan tangan, akhirnya pihak yang berkenaan tampil memberikan penjelasan yang sebenar.




Anisah Azharuddin, Pengurus besar perhubungan awam Rayani Air menjelaskan perkara itu berlaku kerana sistem tidak dapat mencetak pas berkenaan kerana beberapa masalah teknikal.

“Ada penumpang mendaftar masuk selepas tengah malam pada 17 Mac lalu dan sistem tidak dapat mencetak pas berkenaan kerana dalam sistem, penerbangan itu telah dijadualkan berlepas pada 17 Mac. Sebab itu kami terpaksa menggunakan cara manual untuk mengeluarkan pas tersebut”

Dia juga memberi jaminan bahawa pas yang bertulis tangan itu menggunakan pas menaiki pesawat kosong rasmi milik Rayani Air dan ia telah disahkan oleh pihak berkuasa penerbangan di lapangan terbang tersebut.


“Pihak kami menerima segala komen yang diberikan secara positif dan akan menambah baik prosedurkami, bukan ssahaja dari sudut patuh Syariah malah dari aspek yang lain termasuk teknikal dan servis yang diberikan. Kami menghargai komen yang diberikan”.
Dengan adanya penjelasan ini, pihak Rayani Air juga berharap imej syarikat penerbangan itu akan kembali pulih dan tidak lagi menjadikannya isu.



-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah