3 Cara Nak Elak Frust Putus Cinta Yang Melampau
Putus cinta bukan alasan untuk terus murung dan jatuh ke tahap yang lebih teruk. Setiap manusia layak untuk merasa bahagia dan hidup sepertimana diingini.
Walaupun setelah putus cinta rasa seperti dunia hampir kiamat, tetapi itu tidak boleh terjadi dalam kehidupan sebenar. Hidup harus diteruskan. Berikut merupakan cara agar anda tidak terjerumus ke lubang hina pasca putus cinta.
#1 Jangan banyak melamun
Jangan hanya duduk di bilik mendengar lagu Coldplay atau segala jenis lagu sedih lain di dalam bilik. Pergi ke luar, bersukan, cari hobi baru, atau buat perancangan aktiviti. Cari kesibukan, bergaul dengan sahabat dan keluarga serta jalani kehidupan seperti biasa.
#2 Perbaiki hubungan di sekitar
Ketika putus cinta, seseorang pastu menjadi cepat marah dengan keluarga atau orang sekeliling. Sehingga anda hanyut dan rasa seperti semua orang sedang meninggalkan anda. Padahal, perpisahan mengingatkan anda pada orang-orang yang terbaik, sentiasa ada, dan mencintai anda. Perbaiki hubungan dengan mereka, jangan rosakkan keadaan.
#3 Terima perubahan
Rasa sakit yang hebat akan membawa seseorang ke titik perubahan besar. Itu adalah bukti kalau perpisahan boleh dihadapi dan hidup akan diteruskan. Setelah semuanya berakhir, pasti hidup anda menjadi jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)