SHOPPE

Video Aksi Hero Bapa Selamatkan Anak Atas Rollercoaster

Share:
Video Aksi Hero Bapa Selamatkan Anak Atas Rollercoaster



DETIK gembira seorang bapa dan anak menaiki rollercoaster di sebuah taman hiburan hampir bertukar jadi tragedi apabila berlaku insiden yang mencemaskan.




Delbert Latham dan anaknya yang berusia enam tahun, Kayson sedang menaiki rollercoaster di Wonderland Amusement Park, Texas, America ketika tali pinggang keselamatan Kayson tertanggal semasa pusingan kedua.

Kebetulan Latham sedang merakam dirinya dan Kayson untuk ditunjukkan kepada isterinya maka kejadian pahit itu dapat disaksikan dalam satu video yang kini viral.

Kayson bersama ayahnya, Delbert Latham

Menerusi rakaman dapat dilihat Latham segera mencapai anaknya yang tercampak ke bahagian bawah tempat duduk lalu memegangnya erat sehingga tamat pusingan rollercoaster tersebut.

Latham turut dirakam cuba menenangkan Kayson yang dalam ketakutan dengan berkata; “Awak selamat. Ayah janji tak ada lagi bukit-bukit besar.”

Latham berkongsi klip video itu di laman Facebooknya pada 23 April lalu dan ianya terus menjadi sensasi internet.

Hingga kini video tersebut turut ditonton lebih 200 ribu menerusi laman Youtube.

Rata-rata memuji Latham yang kelihatan tenang walaupun berdepan detik cemas.

“Ayahnya kelihatan tenang… jika saya sudah tentu ketakutan,” tulis Shakia Rush.

Junho Lee pula menyatakan rasa kagumnya terhadap Latham.

Komen lain termasuk dari 1tmac4life; “Wow, sangat menakjubkan bapanya mampu bertenang. Sifat tenang itulah yang menyelamatkan kanak-kanak itu dari situasi trauma. Syabas encik.”




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah