SUASANA menjadi kecoh di Klinik Kesihatan Kampung Kenangan Datuk Onn, Batu Pahat, Johor apabila seekor anak babi hutan yang dipercayai sesat dari hutan berhampiran memasuki klinik tersebut, semalam.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.15 pagi itu menyebabkan kakitangan klinik dan orang ramai yang mahu mendapatkan rawatan di situ berlari keluar kerana panik melihat anak babi berkenaan, tiba-tiba muncul di ruang pendaftaran klinik.
Pegawai Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Batu Pahat , Staff Muda (PA) Syahir Zahari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.25 pagi dan tiga anggota JPAM telah dihantar ke klinik tersebut.
Selepas 10 minit, anggota JPAM berjaya menangkap anak babi itu selepas ia memasuki sebuah bilik rawatan.
Anak babi tersebut dipercayai datang dari kawasan Hutan Gunung Soga sebelum tersesat masuk ke dalam klinik tersebut.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)