SHOPPE

Asingkan Waktu Operasi Ikut Jantina,Peniaga Muslim Dihentam

Share:
Asingkan Waktu Operasi Ikut Jantina,Peniaga Muslim Dihentam



BORDEAUX: Seorang pemilik kedai Muslim didenda 500 euro (sekitar RM2,210) kerana menetapkan waktu operasi berbeza antara lelaki dan perempuan di kedainya yang terletak di bandar Bordeux, kata peguamnya,Selasa.




Jean-Baptiste Michalon, pemilik kedai tersebut memeluk Islam pada tahun 2012 dan mencetuskan kemarahan orang ramai apabila dia telah menampal notis di hadapan kedainya yang menetapkan waktu operasi berbeza mengikut jantina mulai Jun 2015.

Kaum perempuan dibenarkan untuk membeli-belah pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, manakala kaum lelaki boleh datang pada hari Isnin hingga Jumaat.

Bagaimanapun, Michalon terpaksa melupakan strategi pemasaran tersebut selepas dia dikecam hebat dan perniagaannya pula ditutup sejak dia menerima tempelak masyarakat setempat.

Jean-Baptiste Michalon

“Ada sebab mengapa kami adakan peraturan ini. Ramai kaum wanita yang lebih selesa datang ke kedai ini apabila giliran isteri saya yang menjaganya. Kami menjalankan perniagaan menjual pakaian,” jelas Michalon kepada AFP ketika itu.

Peguam Michalon, Tristram Heliot memberitahu AFP bahawa pemilik kedai tersebut “telah mengakui bahawa ia merupakan satu tindakan yang salah dan kurang berhati-hati.”

Malah, kes itu turut dikutuk ahli-ahli politik tempatan serta ketua imam badar Bordeaux ,Tareq Oubrou, yang menyifatkan tindakan itu sebagai seksis.

“Kami tidak pernah diajar dengan mentaliti sebegini semasa zaman Rasulullah s.a.w. Pasar-pasar sepatutnya harus disertai oleh kedua-dua jantina. Tindakannya merupakan sesuatu yang pelik,” katanya lagi.

Pada pendapat Mynewshub, kami tidak rasa ada yang tidak kena dalam tindakan yang dilakukan Michalon.

Dia sudahpun hujahkan logiknya mengapa wanita hanya dibenarkan untuk datang pada hujung minggu sahaja, kerana mereka lebih selesa mencuba pakaian apabila kedai tersebut dijaga oleh isterinya.

Inilah masalah orang Barat, suka menyibuk tang yang tak perlu!




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah