Beijing: Selepas berdiam diri lebih tiga bulan, pihak berkuasa Universiti Xiamendi wilayah Fujian akhirnya mendedahkn hasil siasatan skandal seks membabitkan seorang profesor sejarah.
Pada 14 Oktober lalu, universiti itu mendedahkan di blog mikronya bahawa Wu Chunming dipecat dan dilucutkn jawatan sebagai profesor kerana melakukan gangguan seksual terhadap seorang pelajar wanita dan mengadakan seks dengan pelajar lain.
Pengumuman itu dibuat sehari selepas sebuah rancangan televisyen menyiarkan wanita mendakwa dirinya mangsa ketiga gangguan seksual Wu. Dia memberikan butiran sensasi seperti “Wu mengeluarkan kondom dari ofisnya dan meminta saya mengadakan seks dengannya.”
Dakwaan pertama terhadap Wu dimuat naik ke Internet awal Julai lalu oleh beberapa pelajar perempuan yg menuduhnya mencabul dan menggoda mereka supaya melakukan seks.
Dua hari kemudian, Universiti Xiamen mengumumkan pasukan khas ditubuhkn untuk menyiasat kes itu manakala Wu dilarang buat sementara waktu daripada mengajar, mendaftarkan atau menasihatkan pelajar sepanjang tempoh siasatan.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : malaynews1
No comments
Thanks For Comment !!! :)