SHOPPE

Aliza Kim #PenghijrahanFenomena Di TV Al Hijrah

Share:
Aliza Kim #PenghijrahanFenomena Di TV Al Hijrah


Gadis kelahiran United Kingdom berdarah kacukan Siam dan Cina ini mendapat hidayah pada 2011.
Dilahirkan sebagai penganut Khatolik dalam keluarga berpegang kuat pada ajaran Kristian, Aliza terus nencari makna keesaan tuhan dan akhirnya menemukan kebenaran dalam Islam.


“Saya sentiasa tertanya-tanya mengenai Tuhan, dan akhirnya menemukan hakikat Allah ialah Tuhan Yang Esa,” katanya dalam program Into Taqwa terbitan TV Al Hijrah.




Aliza Kim datang ke Malaysia setelah terpikat dengan kesederhaan Islam dan suasana harmoni di negara ini.

Aliza, 27, berkelulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan Universiti Colorado Amerika Syarikat,
kini menjadi hos Musim Kedua program Into Taqwa yang akan mula bersiaran mulai 20 Jun ini sempena Ramadan.

Sebagai model popular di UK, adalah menakjubkan apabila Aliza memaklumkan, dirinya menemukan hidayah mendalami Islam melalui perbandingan agama.

“Al Quran menemukan saya dengan Allah,” katanya.

Aliza Kim

Setelah melafazkan Syahadah, Aliza meninggalkan kehidupan glamor sebagai model dan menumpukan sepenuh masa pada usaha dakwah untuk membimbing saudara baharu.

Sebagai perfectionist, Aliza percaya agama dan sifat-sifat tuhan semestinya sempurna. Justeru, dia jatuh hati pada Allah dan Islam.

Kisah-kisah #PenghijrahanFenomena akan terus mengisi pelbagai program di TV Al Hijrah. Teruskan bersama TV Al Hijrah dalam kempen #PenghijrahanFenomena dalam menuju #IslamIsFirstClass.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah