SHOPPE

Harinder Muncul Live Di TV Al Hijrah, 8 Pagi Esok

Share:
Harinder Muncul Live Di TV Al Hijrah, 8 Pagi Esok



48 jam selepas kisah hidupnya yang berdepan pelbagai dugaan akibat kehilangan kerja dan dipaksa meninggalkan rumah sewanya, Harinder Singh Pal akhirnya bersetuju muncul dalam Assalamualaikum #IslamIsFirstClass TV Al Hijrah pada Ahad 1 Mei jam 8 pagi.
Harinder akan berkongsi pengalaman 16 hari yang dilaluinya setelah melafazkan syahadah pada Majlis Ceramah Dr. Zakir Naik di Stadium Hoki Bukit Jalil, 14 April lalu.




Harinder lelaki kelahiran India, sebelum ini kehilangan pekerjaan apabila kontraknya sebagai penjawat swasta di Melaka tidak diperbaharui.

Malah, akibat takutkan Islam, dia diminta keluar dari rumah sewa oleh rakan-rakannya yang bimbang mereka akan disihir oleh Harinder dengan ilmu hitam dalam Islam.

Harinder, yang kehilangan kerja akhirnya ditawarkan Noh Hujan dan Mizz Nina untuk bekerja di restoran milik pasangan penyanyi itu.

Kisah Harinder didedahkan Penerbit Program Into Taqwa Syafinah Othman yang berkesempatan mewawancara saudara baharu ini di Masjid Negara pada Selasa lepas.

Sejak ceritanya disiarkan Mynewshub, pelbagai pihak muncul menawarkan bantuan untuk memastikan kehidupan Harinder kembali stabil serta dapat mengikuti pelbagai kelas pengajian Islam sesuai dengan statusnya sebagai saudara baharu.

Apakah Harinder sudah pandai bersolat? Apakah dia sudah mula belajar membaca Al Quran? Serta di manakah titik permulaan dia menerima cahaya kebenaran Islam?

Untuk ketahui semua jawapan, jangan ketinggalan bersama Assalamualaikum #PenghijrahanFenomena di TV Al Hijrah 8 pagi esok untuk sama-sama kita ikuti wawancara hos Farah Deeba dengan Harinder Singh Pal.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah