KISAH mengenai seorang ibu yang sanggup berjuang untuk mencari sumber kewangan demi memastikan anak kesayangannya kembali sihat namun dikhianati oleh rakannya sendiri benar-benar membuatkan kami berasa begitu terkilan.
Puan Izzatul Azifat, dilihat terkapai-kapai setelah seorang rakannya menggelarkan dirinya “babi” akibat meminta hutang yang pernah dipinjamkan kepada rakan bertuahnya itu.
Kami kongsikan paparan mesej perbualan Izzatul berkenaan sikap rakannya yang langsung tidak mengenang budi itu.
Menurut Izzatul, meskipun ‘bekas sahabatnya’ itu mengatakan bahawa dirinya tiada wang untuk membayar balik hutangnya, namun sahabatnya itu memuat naik gambar melancong ke Thailand.
“Cakap tak ada duit, tetapi boleh pergi melancong ke Thailand. Bila saya minta dan tuntut hak saya, awak cakap apa? Awak nak tunggu anak saya nazak sekali lagi baru awak nak bayar hutang saya?
“Saya berlembut, saya mengalah tetapi awak caci maki saya. Alasan sebab serabut saya asyik call atau WhatsApp awak. Mungkin saya perlu melutut di depan awak baru dapat hak saya balik,” luahnya.
Apapun, kami mengharapkan si peminjam dapat membayar wang berkenaan kerana kos rawatan adik Ainun yang berterusan semerlukan lebih banyak kos rawatan.
Untuk mereka yang ingin membantu adik Ainun ini bolehlah berbuat demikian dengan terus menghubungi Izzatul di halaman Facebooknya atau dengan merujuk nombor akaun yang tertera di bawah.
Sumber: Facebook Aimiekho Ainun
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)