SEORANG pemuda di China menggunakan alasan yang langsung tidak masuk dek akal gara-gara mahu mengelak dirinya disaman.
Pada awalnya, pemuda ini ditahan polis kerana mempunyai 27 kesalahan lalu lintas yang belum dijelaskan.
Bagaimanapun, dia mengeluarkan kenyataan pelik dan mengejutkan apabila memberitahu dia adalah alien dan mengancam akan menghancurkan bumi sekiranya keretanya ditarik.
Kejadian yang berlaku di Huzhou, wilayah Zhejiang itu secara kebetulan dirakam oleh anggota polis dan menjadi viral di laman internet China.
“Anda mempunyai peraturan anda. Begitu juga kami di Bima Sakti ini. Saya dari kerabat diraja. Sekiranya anda melepaskan saya pergi, saya akan melupakan insiden ini.
“Tapi sekiranya anda bertegas juga, saya tidak akan teragak-agak menghancurkan bumi ini. Keluarga saya merupakan yang terbesar di galaksi ini dan tiada sesiapa pun yang berani mengganggu saya,” kata pemuda itu.
Tetapi tidak pula dinyatakan dari galaksi Bima Sakti mana dia datang.
Namun, kenyataan itu membuatkan anggota polis berkenaan kehairanan, lalu ditanya kepada pemuda itu kenapa tidak menaiki ‘pesawat’ sebaliknya hanya menggunakan kereta.
“Saya tidak terbang menggunakan pesawat, saya memandu FUA….erm.. maksud saya UFO,” jelas ‘alien’ itu.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)