Zou Qixiu, 50, tidak dapat menahan rasa sebak sebaik sahaja dia dipertemukan semula dengan anak lelakinya, Yuan Dan yang telah diculik oleh sindiket pemerdagangan manusia kira-kira 22 tahun lalu.
Selama ini Zou menyangka dia dan suaminya tidak akan bertemu semula dengan anaknya itu selepas diculik di rumah mereka di Shaoyang, China pada 1994 ketika anak lelakinya itu berusia empat tahun.
Sejak itu Zou dan suaminya telah mencari Yuan Dan di merata tempat di seluruh China. Disebabkan tekanan kerana kehilangan anak, suaminya telah meninggal dunia pada 2001.
Selepas kematian suaminya, Zou terpaksa mencari rezeki untuk menyara tiga anaknya yang lain justeru usaha mencari Yuan Dan tidak lagi sehebat dulu.
“Suami saya dan saya tidak berpelajaran, kami tidak pernah pergi ke sekolah jadi kami hanya boleh mencari anak kami di jalanan sahaja,” katanya.
Namun tanpa diduganya, pada awal tahun ini, sukarelawan dari pertubuhan orang hilang (Baobei Huijia) telah menghubungi Zou dan memaklumkan kepadanya bahawa mereka telah menemui Yuan Dan.
Baobei Huijia juga telah menghubungi anak lelaki Zou sendiri dan akhirnya Yuan Dan beroleh keberanian untuk berdepan dengan hakikat kehidpannya pada masa lalu.
Dan selepas ujian DNA mengesahkan bahawa Yuan Dan adalah anak Zou, mereka telah dipertemukan semula.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)