SHOPPE

Kedah Bantu Bawa Pulang Jenazah Rakyat Malaysia Maut Di Vietnam

Share:
Kedah Bantu Bawa Pulang Jenazah Rakyat Malaysia Maut Di Vietnam



Arwah Mohd Azhar

ALOR SETAR – Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Biro Kebajikan Umno Malaysia dalam urusan membawa pulang jenazah rakyat Malaysia yang ditemui mati di sebuah hotel di Ho Chi Minh, Vietnam, Rabu lepas.




Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata beliau akan berbincang dengan Pengerusi Biro Kebajikan Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim termasuk urusan membawa ahli keluarga mangsa bagi proses menuntut jenazah Mohd Azhar Abdul Wahab, 33.

“Saya dimaklumkan kira-kira RM40,000 diperlukan untuk proses membawa balik jenazah dan kita akan tengok bantuan yang boleh diberikan bagi membantu keluarga ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Ekspo Hartanah dan Perumahan Malaysia (Mapex) 2016 di sini hari ini.

Waris Harap Jenazah Maut Di Vietnam Dibawa Balik Segera
Kementerian Luar dalam kenyataannya semalam memaklumkan, mayat Mohd Azhar ditemukan di dalam bilik hotel di Ho Chi Minh, dan polis di sana masih menyiasat punca kematiannya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Bashah menyelar tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat cuba menjatuhkan kerajaan melalui gerakan yang kononnya untuk mempertahankan parti dan negara.

“Kalau tidak setuju dengan kepimpinan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak, boleh tunggu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang, bukannya menggunakan pendekatan seperti mengadakan kempen dan gerakan yang bertujuan menjatuhkan parti.

“Dia (Mahathir) cakap sayangkan parti, tapi ini bukan caranya kerana tidak sepatutnya dia menghasut rakyat untuk bencikan pemimpin dan parti. Banyak cara lain yang boleh dilakukan dan yang penting biar rakyat yang tentukan siapa pemimpin yang mereka mahu,” katanya. – BERNAMA




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah