SHOPPE

Video Penumpang Tampar, Maki Krew Syarikat Penerbangan

Share:
Video Penumpang Tampar, Maki Krew Syarikat Penerbangan



VIDEO penumpang menampar, memaki hamun serta membaling makanan ke arah seorang krew sebuah syarikat penerbangan kerana bengang penerbangannya ditunda kini tersebar di laman sosial.




Menurut sebuah portal China, penumpang itu berang kerana penerbangannya ditunda disebabkan cuaca buruk pada Ahad lalu.


Salah seorang kakitangan wanita syarikat penerbangan kemudiannya cuba untuk menenangkan penumpang itu namun lain pula yang terjadi.

Seorang penumpang lelaki dan dua wanita, bertindak memaki hamun kakitangan wanita tersebut serta mencampakkan kotak berisi makan ke arahnya selain menampar krew malang tersebut.


Menurut portal People’s Daily, ketiga-tiga penumpang itu ditahan kerana melakukan kekacauan dan boleh ditahan selama dua minggu tanpa perbicaraan atas kesalahan cubaan melakukan jenayah.

Ekoran insiden berkenaan pihak berkuasa China menyenarai hitamkan beberapa penumpang pesawat yang didapati bertindak kurang ajar atau berkelakuan berbahaya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah