SHOPPE

Lelaki Curi Kasut Wanita Kerana Sukakan Baunya

Share:
Lelaki Curi Kasut Wanita Kerana Sukakan Baunya



SEORANG lelaki dari Hubei, China mempunyai satu tabiat yang pelik iaitu sukakan bau yang ada pada kasut wanita.





Menurut sebuah portal China, lelaki yang dikenali sebagai Yang itu ditahan selepas mencuri 160 pasang kasut wanita disamping beberapa pakaian dalam dan barangan kepunyaan pekerja wanita yang bekerja di sebuah syarikat berhampiran tempat lelaki itu tinggal.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu menjelaskan; “Kami mempunyai lima atau enam orang pekerja melaporkan kehilangan kasut dan beberapa jenis barang lagi, jadi pihak kami memasang kamera pengawasan.”


Bagaimanapun, Yang sangat licik dan masih mampu untuk mengelak daripada dikesan. Akhirnya syarikat itu meminta bantuan pihak polis.

Pemeriksaan pihak polis di rumah Yang menemui sejumlah kasut berada di balkoni, bawah katil dan juga di dalam almari, kesemuanya berjumlah 160 pasang.


Menurut satu laporan, Yang memang mahir dalam mencuri kasut yang ditinggalkan di laluan pejalan kaki.

“Baunya membuatkan saya gembira,” jelas Yang.

Walau bagaimanapun, pihak polis memandang serius perkara ini dan meminta untuk melaporkan dengan kadar segera sekiranya terdapat kejadian seumpama ini.

Tambah pihak polis lagi, walaupun ia mungkin tidak mendatangkan bahaya kepada masyarakat, namun ia merupakan satu ancaman yang tersembunyi.-




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah