SHOPPE

Kedai Bakso Guna Pelayan Seksi Diserbu Pelanggan

Share:
Kedai Bakso Guna Pelayan Seksi Diserbu Pelanggan



GAMBAR menunjukkan tiga wanita berpakaian seksi sedang menyediakan bakso.




Jakarta – Sebuah kedai bakso yang baru dibuka di Jakarta Utara diserbu ramai pelanggan lelaki selepas beberapa gambar wanita cantik berpakaian seksi menjadi pelayan di restoran berkenaan tersebar di Internet.


Kedai Bakso Djingkrak dibuka pada Isnin lalu dan pada hari pembukaannya lima wanita cantik berpakaian seksi diupah pemiliknya untuk menjadi pelayan.

Gambar wanita yang memakai baju berwarna oren dan berseluar pendek itu yang sibuk mengambil pesanan pelanggan mula tersebar di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna.

Seorang pengguna Twitter berkata, kedai bakso dengan pelayan wanita yang cantik – satu idea pemasaran terbaik tahun ini.

“Pelanggan sangat beruntung kerana dapat menjamu selera dan pada masa yang sama melihat pemandangan yang menarik,” kata seorang lagi pengguna.

Namun, ramai pengguna laman sosial mengkritik kedai berkenaan kerana pelayan wanita itu berpakaian terlalu mencolok mata.

“Sudah pasti saya tidak akan membenarkan teman lelaki saya makan di kedai ini,” kata seorang pengguna Twitter.

Sementara itu, pemilik kedai berkenaan, Agnes berkata, gambar yang menunjukkan seorang pelayan wanita dengan baju yang hampir terlorot itu adalah tidak disengajakan.

“Hari itu terlalu sibuk kerana terlalu ramai pelanggan yang datang sehingga pelayan itu tidak sedar bajunya hampir terlorot,” jelasnya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah