SHOPPE

Jual Pisang Je, Dapat Untung Sampai Beratus Ribu…

Share:
Jual Pisang Je, Dapat Untung Sampai Beratus Ribu…


SEORANG lelaki di Texas berjaya menjana pendapatan lumayan setiap bulan dengan menjual pisang yang telah dihias dengan pelbagai corak olehnya pada harga $10 (RM39) sebiji.




Davonte Wilson yang berasal dari Plano Texas, telah menubuhkan syarikat Bananas Gone Wild dan dijangka akan meraih pendapatan lebih $100,000 (RM390,000) setahun.

Wilson yang merupakan juruteknik elektrokardiograf berkata, dia terkenal dalam kalangan kakitangan hospital tempatnya bertugas kerana mempunyai kemahiran melukis memek muka pada kulit pisang.






Tambah Wilson, walaupun terdapat rakan yang mentertawakan hobinya, dia tetap meneruskan impian untuk mendapat hasil yang lumayan daripada menjual pisang dan akhirnya berjaya membuktikan bahawa bakatnya adalah sesuatu yang unik.

“Ada kawan yang gelakkan hobi saya tetapi saya bertekad mahu menjana pendapatan yang lumayan hanya dengan menjual pisang.

“Sebiji pisang dijual pada harga $10 (RM39) dan secara purata saya mampu menjana keuntungan melebihi $100,000 (RM390,000) setahun,” katanya.

Antara hiasan yang diletakkan pada pisang bagi menambah tarikan pembeli termasuklah janggut, cermin mata dan rambut palsu.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah