SHOPPE

Ibu Maut Ditembak Anak Sendiri Berusia 2 Tahun

Share:
Ibu Maut Ditembak Anak Sendiri Berusia 2 Tahun



SEORANG ibu berusia 26 tahun maut selepas ditembak secara tidak sengaja oleh anak lelakinya yang berusia dua tahun, di Milwaukee, Amerika Syarikat.



Ketika kejadian, mangsa, Patrice Price dilaporkan sedang memandu kereta milik teman lelaki.

Laporan awal polis menyatakan kanak-kanak tersebut berada di tempat duduk belakang dan ternampak sepucuk pistol keluar dari tempat duduk pemandu.

Kanak-kanak itu kemudian mengambil pistol berkenaan sebelum menarik picu lalu terkena tembakan itu pada ibunya yang sedang memandu.

Akibat kejadian itu, Patrice maut serta-merta.

Difahamkan pistol itu adalah milik teman lelaki mangsa yang merupakan seorang pengawal keselamatan.

Kanak-kanak lelaki itu juga tidak diletakkan dalam kerusi khas kanak-kanak.

Sementara itu, seorang lagi anak mangsa berusia setahun berada di tempat duduk hadapan bersama neneknya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah