Lelaki Dibebaskan Selepas 25 Tahun Tersilap Dipenjarakan
SEORANG lelaki dari Amerika Syarikat, Darryl Pinkins, 63, yang tersilap dipenjarakan selama 25 tahun telah selamat dibebaskan semalam.
Darryl sebelum ini dipenjarakan atas kesalahan merogol seorang wanita di Gary, Indiana pada tahun 1989 di mana 38 juri bersetuju bahawa dia bersalah di atas dakwaan tersebut.
Namun berdasarkan maklumat hasil penyiasatan pihak peguam pembelanya baru-baru ini mendapati DNA perogol bukanlah milik Darryl sehingga membawa kepada pembebasannya.
Berdasarkan keterangan Darryl pada hari kejadian dia bersama rakannya, Roosevelt Glenn dan kereta yang dinaiki mereka rosak sehingga menyebabkan mereka terpaksa mendapatkan bantuan.
Namun, ketika sedang mendapatkan bantuan, uniform pekerjaan mereka sebagai pekerja kilang besi telah dicuri.
Uniform mereka kemudiannya telah dijumpai pada lokasi di mana wanita itu dirogol.
Walaupun ujian DNA sebelum ini telah membuktikan bahawa Darryl dan rakannya tidak bersalah namun juri bersepakat untuk menjatuhkan hukuman tersebut terhadapnya.
Walaupun dirinya telah tersilap dipenjarakan sejak 25 tahun lalu, namun Darryl enggan memandang ke belakang lagi sebaliknya mahu menjalani kehidupan mendatang dengan baik.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)