SHOPPE

Isteri Hanya Ada 6 Hari Kumpul Duit Untuk Suami Tenat

Share:
Isteri Hanya Ada 6 Hari Kumpul Duit Untuk Suami Tenat



Kate Brandon dan Suaminya.

Wanita ini, Kate Brandon, 33, amat terdesak. Dia hanya mempunyai masa kurang daripada enam hari untuk mengumpul wang sebanyak RM2.2 juta bagi menyelamatkan suaminya yang menghidap kanser darah dan sedang tenat.




Mike Brandon, yang kini menetap di Britain, memerlukan wang berkenaan bagi mendapatkan rawatan di Pennsylvania, Amerika Syarikat. Klinik itu memperkenalkan rawatan klinikal yang baru, berpotensi untuk merawat kanser.

Melalui rawatan itu, Kate dan Mike berharap untuk mendapatkan anak.

Mike telah disahkan menghidap kanser berkenaan pada Januari 2014 dan selepas menjalani kimoterapi, doktor memaklumkan kanser terbabit kini semakin agresif.

Doktor turut memberitahu bahawa harapan untuk sembuh adalah tipis.

Hanya melalui rawatan klinikal berkenaan sahaja Kate berharap agar suaminya dapat disembuhkan.

Setakat ini Kate telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM800,000.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah