Harinder Pal Singh melafazkan syahadah ketika sesi ceramah Dr. Zakir Naik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, 14 April lalu.
MASIH ingat kepada Harinder Pal Singh, lelaki yang melafazkan syahadah ketika sesi ceramah Dr. Zakir Naik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 14 April lalu?
Syukur, Harinder yang berketurunan Sikh kelahiran India, kini sudah menemukan hidayah menuju jalan Allah.
Cuma harga menerima Islam sebagai pegangan hidup harus dibayar dengan pelbagai dugaan.
Kini Harinder kehilangan pekerjaan sebagai penjawat swasta kerana kontraknya tidak lagi diperbaharui. Lebih tragik, Harinder dihalau keluar rakan serumah kerana bimbang dia akan mempengaruhi rakan-rakan lain dengan ajaran Islam.
“Saya perlukan pekerjaan,” katanya ketika ditemubual dalam program Into Taqwa #PenghijrahanFenomena.
Harinder tidak mengharapkan simpati, namun pada saat ini dia amat memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan dan mendalami Islam yang kini sudah menjadi jalan hidup di dunia dan akhiratnya.
Pelukan dan tepukan yang diterima sebaik sahaja melafazkan syahadah secara langsung tidak cukup, inilah waktunya pertolongan saudara-saudara baharu cukup bermakna buat Harinder.
Janganlah pulang sahaja Dr Zakir Naik dari Malaysia maka perasaan meraikan saudara-saudara baru kita turut pergi bersamanya!
Kisah Harinder yang memerlukan bantuan kita semua ini, akan disiarkan dalam program yang bakal bersiaran di saluran Al-Hijrah tak lama lagi..
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)