SHOPPE

Semakin Melampau.. Atheist Cabar Tuhan Di Tanah Suci!

Share:
Semakin Melampau.. Atheist Cabar Tuhan Di Tanah Suci!


LAMAN Facebook ‘Kiub Batu Itu Berhala’ semakin lama semakin melampau.




Sejak group Facebook ini ditubuhkan beberapa tahun, ahlinya tidak henti-henti mengatur langkah dengan melakukan pelbagai cubaan murtad, bahkan menghina bertubi-tubi apa sahaja berkaitan agama Islam.

Terbaharu menerusi sumber yang kami terima, seorang ahli group Facebook itu, Dawkins Al Haq yang merupakan seorang atheist telah membuat onar mencabuli kesucian agama Islam dengan bertindak memasuki kota Makkah seolah-olah mahu mencabar Allah SWT.

“Betul ke muslim kata orang kafir tidak boleh masuk tanah haram start dari pintu gerbang bentuk rehal quran dari Jeddah,” tulisnya.






Lebih biadap, individu itu turut memuat naik beberapa gambar potongan ayat berbunyi, ‘proud to be Atheist’ iaitu bermaksud ‘bangga menjadi Atheist’ dan Republik Atheist dengan berlatar belakangkan pemandangan Masjidil Haram.

Malah, status yang dimuat naik lelaki itu jelas menampak dirinya mengetahui tentang larangan orang kafir dalam memasuki kota Mekkah yang tercatat dalam Al-Quran menerusi surah At-Taubah ayat 28 yang berbunyi;

‘Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini (iaitu tahun penaklukan kota Mekkah)’.

Meskipun, dia adalah Atheist iaitu golongan yang menolak agama, tetapi mencemar agama Islam dan mencabar kekuasaan Tuhan Yang Esa seperti apa yang dilakukan di Tanah Suci merupakan satu penghinaan kepada umat Islam.

Semoga pihak berkuasa yang berkaitan segera menyiasat kes ini agar individu terbabit dibawa ke muka pengadilan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah