SHOPPE

Wow Gelang Kejutan Elektrik Untuk Buang Tabiat Merokok

Share:
Wow Gelang Kejutan Elektrik Untuk Buang Tabiat Merokok



LUPAKAN rokok elektronik, pelekat nikotin atau segala jampi serapah untuk berhenti merokok– memperkenalkan, gelang kejutan elektrik!




Dengan harga £140 (RM791.99), gelang inovasi terbaru itu mempunyai sejenis penggera yang akan membebaskan kejutan elektrik apabila si pemakainya dikesan menghisap rokok.

Kejutan itu tidaklah bervoltan tinggi sehingga boleh menyebabkan kematian namun para penggunanya telah mengesahkan bahawa gelang itu menyebabkan berlakunya proses asosiasi di mana perokok akan berasa sedikit fobia untuk merokok lagi kerana takut dikejutkan.

Apa yang lebih menarik lagi, gelang ini turut didatangkan dengan aplikasi telefon pintar yang boleh dipersonifikasikan mengikut tabiat buruk masing-masing seperti gemar mengambil manisan atau gula, menggigit kuku dan sebagainya.

Selain itu, aplikasi itu turut boleh dikawal oleh rakan-rakan anda yang prihatin supaya mereka boleh mengambil tindakan setiap kali anda cuba mengulangi habit buruk itu.

Peranti itu telahpun dijual secara komersial di laman web Amazon, serta menerima banyak testimonial yang bersungguh-sumgguh mengatakan bahawa alatan itu amat berkesan untuk menendang kebiasaan buruk mereka.

Menurut penciptanya Maneesh Sethi: “Beberapa tahun lalu, saya telah menggajikan seorang perempuan untuk menampar pipi saya setiap kali saya menggunakan Facebook.

“Kaedah itu ternyata efektif; produktiviti saya meningkat empat kali ganda! Jadi, saya tahu produk ini bakal meletup di pasaran.”




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah