SEORANG lelaki mampu memiliki kereta mewah Toyota Camry 2.0 dan menunaikan umrah bersama isteri dengan hanya menjalankan khidmat membaiki kasut.
Jamaluddin Hamdan, 49; berasal dari Kuching, Sarawak bekerja sebagai tukang kasut di RH Plaza yang terletak di Jalan Lapangan Terbang Kuching.
Walaupun ianya bermula sekadar hobi, namun lama-kelamaan menjadi minat dan mendatangkan hasil lumayan bagi dirinya dan keluarga.
Menurut Jamaluddin kepada sebuah portal, niatnya hanya untuk membantu orang lain disamping mencari pendapatan untuk diri sendiri.
“Saya kerja sebagai tukang kasut ni sebab nak tolong orang, yang pertama sebab nak tolong diri sendiri (cari duit) sebab ia merupakan hobi yang mempunyai pendapatan.
“Contoh macam hobi memancing tak ada pendapatan, kalau ada duit banyak tak kisah sebab dengan kerja macam ini ada ‘income’ dan (paling penting) boleh tolong orang sebab kalau kasut (terutama jenama mahal) rosak sikit tak akan nak buang kalau kaya tak kisahlah,” katanya ketika ditemui portal tersebut.
Tambahnya lagi, sesetengah hobi tidak mendatangkan pendapatan namun sebaliknya pula dengan hobi membaiki kasut.
Walaupun sudah lapan tahun menjadi tukang kasut, satu amalan yang tidak pernah ditinggalkan olehnya iaitu solat. Antara yang selalu diamalkan adalah solat Dhuha.
“Rezeki Allah yang bagi (yang penting) kena solat, terutama solat sunat Dhuha antara Subuh dan Zohor mohon agar rezeki dimurahkan.
“Kerja macam mana pun tapi kalau tak solat rezeki yang diperolehi tidak akan rasa nikmat sebab kalau kita tinggal satu waktu (solat) akan rugi seribu waktu yang penting mohon pada yang Esa dan kita jangan sombong dan bongkak,” katanya lagi.
Namun begitu, Jamaluddin tidak menafikan bahawa ramai beranggapan pekerjaan sebagai tukang kasut selalu dipandang remeh tetapi baginya sumber yang halal itu lebih penting.
“Tukang kasut ni kadang-kadang orang tak pandang sangat, ada yang pandang semacam (sebab itu) budak-budak sekarang lebih suka lepak dekat kafe rata-rata tak nak kerja kotor macam ini.”
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)