SEBELUM ini, pelakon jelita Siti Saleha mengakui dia tidak suka jika dirinya terpalit dengan kontroversi murahan kerana percaya pada bakat yang dikurniakan Tuhan kepadanya.
Dia juga mengakui tidak mahu menjadi mangsa kritikan di media sosial dan mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan kisah kehidupan peribadinya kepada umum.
“Saya tak mahu terlalu berkongsi kisah peribadi dengan peminat. Saya mahu menjadi diri saya sendiri dan mahu mengelak dari berkongsi kisah peribadi.
“Mungkin ia akan kelihatan membosankan, tetapi ia membawa kebaikan kepada saya dan semua orang di sekeliling,” katanya.
Menerusi BH Online, dia juga memberitahu bahawa itu merupakan sikapnya yang semula jadi dan dia menjadi diri sendiri untuk menjaga nama baiknya.
“Saya cuba untuk menjaga nama dan tidak mahu membuka ruang kepada keyboard warriors mencari kesalahan saya. Ini merupakan perangai saya, dan saya hanya mahu menjadi diri saya sendiri bukan mahu dilihat eksklusif,” tambahnya.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)