SHOPPE

Aliza Kim Tinggalkan Arak Dan Glamour Demi Islam

Share:
Aliza Kim Tinggalkan Arak Dan Glamour Demi Islam



“Setelah menemui Islam, saya tinggalkan semua kehidupan masa lampau untuk taat pada Allah,” kata Aliza Kim.




Pengacara Musim Kedua Into Taqwa #PenghijrahanFenomena berusia 27 tahun ini turut meninggalkan kerja modelling yang mengangkat namanya di United Kingdom.

Sekali pun pernah dikenali sebagai gadis Seventeen Magazine, Maxim, LIPS LUXE, Volume, Elle, Cleo, T3, Health & Beauty, Female, Hair 4 You 4 Me, Natural Beauty dan FHM, Aliza tidak keberatan meninggalkan dunia glamor demi mendekatkan diri pada Islam dan Allah.

“Malah saya tidak menyesal kerana turut meninggalkan dunia lakonan,” katanya.

Aliza Kim lahir sebagai anak tunggal seorang paderi Khatolik. Berdarah kacukan Siam Cina, dan sebagai anak tunggal dia semtiasa menikmati sokongan keluarga termasuk keputusannya memilih Islam sebagai jalan hidup menuju Akhirat.

“Keluarga menyokong penuh dan bersikap positif,” katanya.

Aliza berkelulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan di Univerisiti Colorado, Amerika Syarikat dan nekad melafazkan Syahadah pada 2011.

Sebagai muslim, Aliza meninggalkan semua perkara yang menjadi kegemaran ketika masih hidup dalam dunia glamor.

“Saya tinggalkan arak kerana mabuk pun sudah tidak berguna lagi,” katanya lucu.

Mengenai pengaruh yang menguatkan lagi pegangannya pada Islam, Aliza segera menjawab mengenai pengaruh dua ulama tersohor terhadap kehidupan Islamnya.

“Saya kagum pada syarahan Mufti Menk dan Sheikh Omar Suleiman kerana konsep keprihatinan Islam terhadap masyarakat,” katanya.

Aliza kini menjadi sebahagian wajah TV Al Hijrah dalam destinasi #IslamIsFirstClass #SegalanyaBermulaDiSini




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah