SHOPPE

Ayah Pin ‘Kerajaan Langit’ Meninggal Dunia

Share:
Ayah Pin ‘Kerajaan Langit’ Meninggal Dunia



TERENGGANU – Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ariffin Muhamad atau Ayah Pin, 74, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Besut, jam 8.30 malam tadi.




Laporan kematian dibuat isterinya dan punca kematian dipercayai akibat sakit tua.

Ayah Pin, adalah pengasas kepada “Kerajaan Langit” yang disenaraikan pihak berkuasa dalam kumpulan agama sesat yang berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut.

Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai wakil “Tuhan” segala agama, manakala pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu berkenaan.

Pada April 2005, Pejabat Tanah Daerah Besut mengeluarkan notis merobohkan beberapa premis dan replika gergasi di markas Ayah Pin di perkampungan berkenaan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah