SHOPPE

Janna Nick Tak Matang, Ruhainies ‘Simpan’ Dahulu Mesej Diterimanya

Share:
Janna Nick Tak Matang, Ruhainies ‘Simpan’ Dahulu Mesej Diterimanya



SEBELUM ini, timbul gosip menyatakan Janna Nick telah menghasut pengarah Michael Ang supaya tidak mengambil Ruhainies sebagai watak utama dalam filem terbaharunya, Kimchi Untuk Awak.




Walaupun Ruhainies mengambil keputusan berdiam diri selepas membuat kenyataan terbuka sudah memaafkan Janna, dia mengakui bahawa tindakan Janna memuat naik video dan menulis caption menghina dirinya sebagai kurang matang.

“Saya tidak mahu mempunyai salah faham atau pergaduhan antara kami, jadi saya memilih untuk berdamai. Industri ini kecil, tidak mustahil kami akan digandingkan dalam produksi yang lain nanti.

“Saya tidak mahu mencari musuh dengan sesiapa dalam industri kerana saya di sini mahu mencari rezeki.

“Saya terkilan dengan tindakan kurang matang Janna memuat naik video di laman Instagram untuk menghina dan memburukkan nama saya. Michael Ang dan pelakon pengganti untuk saya dalam filem itu tahu kebenaran yang sebenar.

“Buat masa sekarang, saya memilih untuk tidak membuat apa-apa serangan balas kepada Janna kerana tidak mahu mengikut emosi. Tetapi bila tiba masanya nanti, saya akan mengemukakan mesej yang dihantar oleh Janna kepada saya,” katanya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt. Mohon Bantuan. Sumbangan derma untuk asnaf fakir miskin. Para dermawan yang budiman. Anda boleh menderma ke akaun maybank orang daif.

    Nama: Adila Bin Suboh
    Nombor Akaun: 151089317354

    ReplyDelete

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah