SEORANG model dari Australia, Simone Holtznagel telah menyertai barisan selebriti bergambar selfie dengan menggunakan masker mata yang diperbuat daripada emas, iaitu trend kecantikan terbaru ketika ini.
Model berusia 21 tahun itu telah memuatnaik selfie berkenaan dalam Instagramnya untuk menunjukkan masker emas 24 karat, yang dicipta oleh sebuah syarikat Australia, Lonvitalité.
Masker emas itu dipercayai dapat melembabkan mata dan menghapuskan lingkaran gelap di bahagian mata.
Lonvitalite juga mendakwa masker itu meningkatkan kadar penyerapan lebih 98 peratus berbanding masker mata tradisional lain.
Bukan Holtznagel sahaja yang memakai masker emas itu sebaliknya pelakon Jessica Alba, Rosie Huntington-Whiteley dan blogger kecantikan turut menggunakannya.
Meskipun ia menggunakan 24 karat emas namun harganya hanya $32 dolar iaitu sesuatu yang disifatkan sebagai murah berbanding masker lain di pasaran.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)