Terbaharu, Aliff Syukri, 28; melalui laman sosial Facebook miliknya telah memuat naik satu posting untuk menjual rumahnya sendiri dengan harga kira-kira RM11 juta.
Banglo mewah seakan-akan istana yang terletak di Seksyen 10 Kota Damansara, Selangor itu hendak dijualnya kerana beliau dikatakan ingin berpindah ke rumah baharu.
Walaupun berat hati bagi jutawan ini melepaskan rumah itu, namun dia harus melepaskannya juga kerana takut tidak mampu menguruskan dua rumah dalam satu masa memandangkan dia akan berpindah ke rumah baru.
Agak sayang juga hendak dibiarkan rumah yang bagaikan istana ini terbiar kosong begitu sahaja tanpa berpenghuni.
Pelbagai komen diutarakan oleh pengguna media sosial pada gambar yang dimuat naik itu.
Walau apapun, sesiapa yang mampu untuk memiliki kediaman Abang Terlajak Laris ini bolehlah menghubungi nombor yang diberikan.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub








No comments
Thanks For Comment !!! :)