SHOPPE

Kriminal, Kisah Menarik Di Sebalik Kes Jenayah Profil Tinggi Negara

Share:
Kriminal, Kisah Menarik Di Sebalik Kes Jenayah Profil Tinggi Negara



BAGI yang gemar mengikuti perkembangan jenayah yang pernah gemparkan negara, nama Syahril A Kadir tidak asing di pendengaran mereka.




Ini kerana bekas wartawan senior meja jenayah ini memiliki sifat pemurah dalam berkongsi pengalaman hidupnya baik dengan rakan-rakan mahu pun di media sosial.

Terbaharu, buku tulisan beliau yang menghimpunkan segala macam pengalaman menarik ketika bertugas sebagai wartawan jenayah dahulu, Kriminal kini sudah berada di pasaran.

Sememangnya pada zaman Syahril A Kadir bekerja sebagai wartawan jenayah satu ketika dahulu,  terdapat banyak kes yang gemparkan negara berlaku dan menjadi polemik  dalam kalangan masyarakat hingga ke hari ini.


Jika ditanya mereka yang membesar sekitar dan pasca 90an, kes pembunuhan model sambilan Noritta Samsuddin, pensyarah UiTM Bakaruddin Busu, kehilangan Sharlinie, Geng M15 dan banyak lagi, tentu masih segar dalam ingatan.

Sewaktu prosiding kes berprofil tinggi ini berjalan, fakta yang tersiar di dada akhbar heboh diperkatakan masyarakat malah sampai ke hari ini ianya tetap topik yang hangat jika dibawa berbual.


Kriminal bukan sahaja membawakan kembali fakta kes berprofil tinggi yang pernah gemparkan negara satu masa dulu, malah ditambah dengan perkongsian pengalaman peribadi penulis berita bagi kes ini sendiri.

Antaranya, keadaan mayat  seorang model yang digambarkan masih amat jelita biarpun sudah meninggal dunia selepas dibunuh.

Sememangnya Kriminal amat berbaloi untuk dimiliki malah penulis novel tersohor Sri Diah mencadangkan bahawa buku ini adalah buku terbaik untuk dibaca pelajar kewartawanan.

“Buku ini menceritakan detail apa itu catatan embargo, berita off record, news KIV dan banyak lagi istilah kewartawanan. Ketahui juga bagaimana komplot polis dan wartawan berjaya melumpuhkan operasi jenayah,” komen Sri Diah menerusi akaun Facebook peribadinya.


Bagi yang berminat mendapatkan Kriminal, anda boleh berkunjung ke rak Buku Pojok di Dewan A, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang berlangsung di Maeps, bermula hari ini.

Jika datang hari ini, kalau bernasib baik anda mungkin sempat bertemu Syahril A Kadir sendiri dan meminta beliau menandatangani buku tulisannya itu.

Selain novel cinta atau fiksyen, tak rugi mendapatkan buku realiti seperti Kriminal kerana ianya bukan sahaja mengimbau jenayah lampau malah terdapat banyak lagi  perkongsian menarik di dalamnya termasuk kupasan kisah tukang sebat dalam penjara dan tukang gantung sampai mati banduan akhir.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah