Namun kelibat abang bomba yang sado di beberapa laman sosial ternyata mencuri perhatian. Jarang sekali kita dapat melihat abang bomba sado beraksi.
Jangan pula ada yang mengambil kesempatan ‘mencari’ masalah semata-mata untuk melihat abang bomba beraksi terutamanya kaum wanita.
Ramai berpendapat bahawa lelaki yang sado ini sebenarnya tidak kuat namun kenyataan itu telah disangkal oleh abang-abang bomba yang sado itu.
Bermacam-macam komen yang dimuat naik pada gambar pada gambar tersebut antaranya;
“Kesian abam bomba yg xsado. Mungkin sado tu da jadi kebangaan lain. Bukan kesadoan je yg dipandang mata. Tp usaha mereka yg meyelamatkan mangsa dan keadaan. Btw. Jabatan Bomba still the best,” tulis Bro Misteri.
Manakala ini pula komen dari seorang isteri kepada ahli bomba;
“Suami sy bomba, tp xsado pun. namun dialah satu2nya dihati ini.. sado mado xpenting, yg penting jalankan amanah kerja. Hanya Pesuruh you adalah ultraman, superman, spiderman dan youlah mangsa buli terbaik bg anak2… hahaha,” kata Tiada Nama.
Namun pada tahun lalu pernah viral di laman sosial mengenai kelandar yang diterbitkan oleh jabatan bomba yang menampilkan anggota-anggota bomba yang sado menghiasi kalendar tersebut.
Walaupun kalendar itu tidak diedarkan untuk orang ramai, Jabatan Bomba dan Penyelamat melalui Facebooknya telah mengadakan kuiz, dan pemenang akan memperolehi kalendar ekslusif tersebut.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)