NAMPAKNYA pasangan penyanyi ini sudah tidak boleh menyembunyikan perasaan asmara yang semakin bergelodak di antara mereka.
Baru-baru ini, tenaga pengajar The Voice AS, Blake Shelton dan kekasihnya, penyanyi popular, Gwen Stefani kelihatan seperti pasangan remaja bercinta yang gemar mengikut trend menggunakan gambar pasangan masing-masing sebagai foto pengenalan di laman sosial mereka.
Dalam laman Twitter Gwen, dia menggunakan gambar Blake ketika masih kecil dan begitu juga sebaliknya.
Untuk musim terbaharu, Gwen sudah tidak lagi terlibat sebagai tenaga pengajar sekembalinya coach asal iaitu Christina Aguilera ke dalam set program terbabit.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub










No comments
Thanks For Comment !!! :)