SHOPPE

Netizen Mengutuk Menteri India Didukung Masa Banjir

Share:
Netizen Mengutuk Menteri India Didukung Masa Banjir


NEW DELHI – Satu foto yang memperlihatkan Shivraj Singh Chauhan, ketua menteri negeri Madhya Pradesh, di tengah India; didukung dua orang anggota polis ketika berjalan di kawasan banjir, menjadi viral di negara tersebut.




Foto tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen setelah tersebar luas menerusi media sosial tempatan, sama ada yang meluahkan perasaan marah, malah tidak ketinggalan menjadikan aksinya itu sebagai bahan jenaka sinis di laman Twitter.

Dalam foto sensasi tersebut, Shivraj tampak didukung oleh anggota polis ketika beliau berjalan di kawasan dilanda banjir, walhal ketinggian air bah itu hanya mencecah beberapa sentimeter atau setakat mencapai bahagian bawah betis kaki sekumpulan pengawalnya.

Menurut akhbar berpengaruh Hindustan Times, pejabat ketua menteri itu memberi alasan bahawa Shivraj perlu didukung dua anggota polis tersebut kerana beliau memiliki masalah dengan kakinya konon setelah terkena sebuah benda keras di dalam lumpur.


Bagaimanapun penjelasan itu tidak menghentikan para pengguna Twitter untuk terus mencemuhnya kerana beliau masih boleh memakai kasut but getah atau laluan perjalanan dipastikan bebas selamat terlebih dahulu daripada benda bahaya sebelum boleh dilalui.


Netizen turut memberi contoh bagaimana bekas perdana menteri Britain, David Cameron masih lagi sanggup boleh berjalan mengharungi banjir tanpa bantuan daripada sesiapa pun ketika bencana alam itu pernah berlaku secara mengejut di England beberapa tahun lalu.

Sebahagian besar wilayah India biasanya ditimpa banjir akibat limpahan air dari sejumlah sungai yang melebihi paras berbahaya. Bencana banjir lazimnya boleh berlaku di sebahagian negara Asia selatan itu ketika musim hujan monsun tahunan mulai Jun hingga September.

Media melaporkan sekurang-kurangnya 17 orang maut susulan banjir di Madhya Pradesh manakala di negeri Bihar di timur India, paling tidak 15,000 orang dipindahkan dari rumah setelah ‘keadaan hampir banjir’ terjadi di sejumlah daerah.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah