SHOPPE

Zakar Tersangkut Mata Kail, Lelaki Malang Tanggung Perit

Share:
Zakar Tersangkut Mata Kail, Lelaki Malang Tanggung Perit



MALANG tak berbau… Seorang lelaki panik apabila sebentuk mata kail tercangkuk pada alat sulitnya ketika sedang berenang di sebuah tasik di selatan Rusia beberapa bulan lalu.




Lelaki itu yang tidak didedahkan identitinya pada mulanya beranggapan kesakitan yang dialami olehnya berpunca daripada lalang atau ranting kayu di dalam tasik tersebut.

Namun, apabila kesakitan yang dialami olehnya tidak tertanggung lagi, lelaki itu segera melihat alat sulitnya dan tekejut melihat sebentuk mata kail tersangkut pada batang kemaluannya.

“Saya terkejut dan segera menjerit ke arah pemancing yang berada di tebing ‘jangan tarik, jangan tarik!’ saya sangat takut apa akan berlaku kepada saya jika dia menarik jorannya,” kata lelaki itu.

Lelaki itu kemudian berenang ke tebing tetapi tidak berjaya mengeluarkan mata kail tersebut dan dia hanya memotong tali tangsi joran itu.

Dia terpaksa pulang ke rumahnya menaiki basikal dalam keadaan di mana mata kail tersebut masih tersangkut di bahagian sensitif itu.


Selepas tiba di rumahnya, lelaki itu memandu keretanya ke sebuah hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Doktor berjaya mengeluarkan mata kail itu dan melarangnya daripada mandi atau berenang selama seminggu, dikhuatiri lukanya akan bertambah teruk disebabkan jangkitan kuman.

Menurut lelaki itu, pemancing tersebut tidak bersimpati dengan apa yang berlaku malah bertindak menyalahkannya kerana terdapat larangan berenang di tasik tersebut.

Presiden persatuan pemancing tempatan berkata, tasik itu dimiliki sepenuhnya oleh persatuan pemancing, tetapi ia sering digunakan oleh mereka yang suka mandi telanjang kerana kawasan itu tertutup.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah