Pekerja Taman Safari Di Jepun Maut Diserang Beruang
TOKYO – Seorang pekerja taman safari di Jepun mati selepas diserang seekor beruang yang memanjat keretanya.
Beruang hitam Asia itu dilihat memanjat ke dalam kenderaan kecil milik Kiyomi Saito di Taman Safari Gunma, di barat laut Tokyo dan menyerangnya, kata jurucakap polis tempatan.
Menurut laman ABC Australia, Saito, 46, cedera di bahagian kiri dada dan perut. Dia dikejarkan ke hospital sebelum mendiang disahkan meninggal dunia, jelas jurucakap itu.
KERETA YANG DINAIKI SAITO SEWAKTU DISERANG.
“Butiran lanjut berkaitan kejadian itu belum dapat dipastikan bagaimana beruang berusia lima tahun seberat 160 kilogram itu masuk ke dalam kereta,” katanya kepada AFP.
Bagaimanapun, menurut salah seorang pekerja taman itu, Yusuke Yamazaki: “taman safari itu di bawah siasatan pihak polis dan tiada maklumat terperinci yang boleh disahkan ketika ini.”
Satu siri serangan beruang liar menggemparkan Jepun awal tahun ini apabila empat terbunuh di utara negara itu dalam kejadian berasingan pada Mei dan Jun.
Pada tahun 2012, beberapa ekor beruang melarikan diri dari taman beruang Hachimantai yang terletak di utara wilayah Akita dan kebanyakan dari mereka adalah beruang coklat.
Dalam kejadian itu, dua pekerja wanita yang bertugas di taman berkenaan ditemui mati.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)