SHOPPE

Zulin Aziz Sedia Berkahwin Tapi Belum Jumpa Calon

Share:
Zulin Aziz Sedia Berkahwin Tapi Belum Jumpa Calon



PENYAMPAI radio Suria FM, Zulin Aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz, 26, mengakui sudah mula berfikir soal kahwin dengan serius dan bersedia untuk berumah tangga jika jodohnya sudah tiba.




Walau bagaimanapun, Zulin berkata buat masa ini dia masih single dan belum mempunyai calon sesuai untuk dijadikan teman hidup.

“Pada usia sekarang memang saya sudah mula berfikir tentang teman hidup dan ingin mendirikan rumah tangga seperti rakan lain.

“Saya juga sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga tetapi masih belum jumpa dengan calon yang sesuai untuk dijadikan suami,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, dirinya masih lagi bujang sehingga kini bukan kerana terlalu memilih tetapi belum menjumpai lelaki yang benar-benar mahu serius dalam perhubungan.

“Bukan cerewet atau kuat memilih tapi belum ada yang datang secara serius dan soal kahwin ini merupakan ketentuan dari Allah.


“Saya akan terima jika sudah ada yang sesuai,” katanya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah