SHOPPE

Jangan Menghina Saya Dan Anak-Anak Kami Tak Bersalah.Pembunuh Adalah Suami Saya!!!

Share:
Jangan Menghina Saya Dan Anak-Anak Kami Tak Bersalah.Pembunuh Adalah Suami Saya!!!


Pembunuhan kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang mayatnya ditemui di kawasan semak Kampung Kemensah, Hulu Kelang, Selangor mendapat perhatian meluas daripada masyarakat Malaysia.




Malah, kenyataan polis yang mengesahkan suspek kes bunuh ini adalah ahli keluarganya sendiri mengejutkan ramai.

Rata-rata netizen mengecam dan menyelar tindakan pembunuh adik Edrus sebagai individu yang kejam dan tidak berperikemanusian.

Lebih drastik, ada pula yang menyebarkan identiti suspek kes ini yang juga merupakan abang ipar tiri kepada mangsa menerusi laman Facebook.

Antara yang menerima tempias, pastinya adalah isteri suspek iaitu Nazirah Norsyam.

Menerusi satu kenyataan Facebook, Nazirah memberitahu, akibat kejadian itu dia dan anaknya teruk menerima hinaan dan kritikan.

Katanya, dia juga turut bersedih dengan kehilangan adik dan dalam masa yang sama dikejutkan pula dengan perbuatan suaminya.

Oleh itu, dia meminta orang ramai memahami situasi dirinya.


Selain itu, Nazirah turut meminta orang ramai memadam dan tidak lagi menyebarkan gambar anaknya.

Terdahulu, akhbar melaporkan mayat mangsa ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan tangan dan kaki diikat tali kabel.

Adik Noor Amila Edrus Norsham dipercayai dibunuh pada hari pertama selepas dilaporkan hilang ketika pergi ke Surau berdekatan rumahnya pada 11 Ogos lalu




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  wartawan-jalanan




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah