SHOPPE

Ketua Ajaran Sesat ‘Tuhan Harun’ Meninggal Dunia

Share:
Ketua Ajaran Sesat ‘Tuhan Harun’ Meninggal Dunia



KUANTAN – Ketua ajaran sesat ‘Tuhan Harun’, Harun Mat Saat, 50, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), hari ini.




Harun yang mengalami angin ahmar sejak 2013 meninggal dunia pada 4.30 petang ketika menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital terbabit.


Peguam Harun, Hermes Putra Media berkata, Harun dimasukkan ke HTAA untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi menentukan keupayaannya memberi keterangan di mahkamah.

“Saya dimaklumkan beliau terpaksa diberi bantuan pernafasan berikutan kekurangan oksigen.

“Bagaimanapun saya belum lagi mendapat maklumat terperinci punca kematiannya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Harun sedang menjalani perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuantan untuk kes pembunuhan Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek pada 10 November 2013. – Harian Metro




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah