SHOPPE

Hilang Akal!!!...Suami Isteri ‘Naik Minyak’ Gigit Polis

Share:
Hilang Akal!!!...Suami Isteri ‘Naik Minyak’ Gigit Polis



KUCHING – Gara-gara berang apabila ditahan dalam sekatan jalan raya, sepasang suami isteri bertindak seperti ‘Zombie’ dengan menggigit dua anggota polis di Jalan Matang Baru, malam Ahad lalu.




Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai dalam satu kenyataan berkata, polis menghentikan sebuah kereta Perodua Kancil yang dipandu seorang wanita berusia 41 tahun dan seorang penumpang lelaki berusia 44 tahun.

Ketika pemeriksaan, suspek lelaki mengeluarkan kata-kata kesat terhadap polis dan cuba merampas senapang jenis HK-MP5 yang dibawa seorang anggota berpangkat lans koperal semasa sekatan tersebut.

Isteri suspek keluar dari kereta dengan bertindak merebahkan dirinya dan mencabar polis untuk menahannya.

Semasa proses penahanan, pasangan itu menggigit tangan anggota polis yang berpangkat konstabel dan koperal.

Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua suspek dipercayai dalam keadaan mabuk.


Pasangan yang tiada pekerjaan tetap itu direman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas anggota polis.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah