SHOPPE

Gadis Yang Diculik & Jadi Hamba Seks Bertemu Keluarga

Share:
Gadis Yang Diculik & Jadi Hamba Seks Bertemu Keluarga



Selepas 10 tahun diculik, akhirnya seorang gadis yang berusia 22 tahun kembali ke pangkuan keluarganya. Itu pun selepas dia melalui pelbagai cabaran getir dan disiksa, ketika menjadi hamba seks.




Gadis berkenaan yang tidak dinamakan atas alasan perundangan, diculik dari rumahnya di New Delhi ketika berusia 12 tahun dan telah dijual kepada seorang petani pada harga £300.

Pada waktu siang dia dipaksa bekerja di ladang dan pada sebelah malam, gadis ini telah dirogol. Boleh dikatakan setiap malam dia dirogol oleh beberapa orang.

Selain dirinya, terdapat juga remaja dan kanak-kanak perempuan lain yang turut dikurung dan dijadikan hamba seks di ladang itu.

Selepas setahun di ladang tersebut, dia dijual lagi dan dianggarkan dalam tempoh tiga tahun, gadis ini telah dijual sebanyak sembilan kali.


Pada 2009, ketika berusia 15 tahun, dia dipaksa mengahwini seorang pemandu trak berusia 50 tahun di sebuah kampung di Punjab.

“Saya masih kanak-kanak namun dipaksa berkahwin dengan pemabuk dan penagih dadah. Saya mempunyai dua anak. Lelaki itu meninggal dunia pada 2011,’’ katanya yang turut didera oleh keluarga mertuanya..

Gadis ini turut dirogol oleh abang ipar dan rakan-rakannya dan lebih menyedihkan apabila kakak iparnya mengambil dua anaknya tanpa kebenaran. Dia kemudiannya dihalau. Tanpa wang, gadis ini terpaksa merempat di jalanan.

“Saya mendapat kerja sebagai pencuci dan menyewa sebuah bilik kecil tetapi duit selalu tidak mencukupi menyebabkan saya terpaksa meminta sedekah.

“Apabila seorang lelaki menawarkan saya untuk bekerja di Siliguri, saya mengikutnya tetapi akhirnya saya dijual kepada tauke kelab malam.

“Mujurlah seorang wanita membantu dan menghantar saya balik ke New Delhi. Dia menemani sepanjang perjalanan ke rumah saya . Kami menaiki keretapi,’’ katanya.

Kepulangannya disambut oleh ibu dan sembilan adik beradiknya yang lain. Bapanya telah meninggal dunia tanpa sempat bertemu dengan anaknya itu.

Kini gadis itu ditatang dan dibelai oleh ahli keluarganya. Mereka sangat bersimpati dengan nasib yang menimpanya. Namun keceriaan gadis itu telah diragut dan dia kini berharap untuk bertemu dan menjaga anaknya, yang sudah dua tahun tidak ditemuinya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah