Kuala Lumpur: Selepas anak lelaki pelakon veteran Normah Damanhuri mencetuskan kontroversi dengan tersebarnya gambar bercium dan separuh bogel, terbaru anak perempuannya pula dikecam gara-gara aksi berunsur lucah dalam video yang dimuat naik di Instagram bagi tujuan melariskan jualan produk jamu miliknya.
Anak keempat Normah yang dikenali sebagai Liana Rosli itu dilihat sengaja menayang sebahagian payudara selain beraksi ghairah dalam video berdurasi 50 saat itu.
Normah ketika dihubungi berkata, tindakan anaknya itu hanya untuk mempromosikan produk yang diusahakan.
“Bagi saya ini soal perniagaan. Kalau ada yang salah anggap, itu terpulang kepada penerimaan masing-masing. Saya bukan nak menyokong perkara tak elok, tetapi saya melihat perkara itu dari sudut positif.
“Saya percaya setiap ahli perniagaan ada cara dan strategi tersendiri untuk mempromosikan produk mereka. Malah, setiap daripada mereka tampil dengan idea masing-masing. Apa yang penting sekarang saya lebih mengetahui apa yang dilakukan anak.
“Kalau bukan dia yang nak memajukan perniagaan sendiri, siapa lagi? Dalam masa sama saya tetap menegur dan menasihati,” katanya.
Normah berkata, dia tidak menyangka jika video yang dimuat naik anaknya mengundang pelbagai komen negatif dalam kalangan pengguna laman sosial.
“Saya tahu dia merakam video itu, tetapi tak sangka pula ia boleh menjadi viral. Apabila membaca setiap komen yang ditinggalkan peminat, saya malas nak ambil tahu. Bukan apa, saya pun pernah dikecam dengan peminat gara-gara isu tudung, tetapi saya tak suka nak menjawab. Hanya Allah SWT yang lebih mengetahui niat dan segala tindakan yang kita lakukan,” katanya. - myMetro.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : ohdunia
No comments
Thanks For Comment !!! :)