SHOPPE

Ahli Keluarga Dedah Siapa Sebenarnya Pelaku Kelar 3 Beranak Di Melaka

Share:
Ahli Keluarga Dedah Siapa Sebenarnya Pelaku Kelar 3 Beranak Di Melaka



Ahli Keluarga Dedah Siapa Sebenarnya Pelaku Kelar 3 Beranak Di Melaka|Kejadian pilu tiga sekeluarga seorang ahli politik  di Tangga Batu Hassan Wahab, 70 dan isterinya Maria baharin serta anak lelakinya maut di kelar di melaka Kampung Bertam-Malim, di sini, 6.30 pagi tadi, kini sudah dalam penyiasatan penuh oleh pihak kepolisian.




Noorhaslinda Diyana Hassan, 26, seorang daripada mangsa yang cedera dalam kejadian bunuh tiga sekeluarga termasuk ibu bapa dan adiknya Muhammad Taufeq Hassan yang merupakan pelajar jurusan perniagaan Universiti Utara Malaysia di Sintok.

Noorhaslinda Diyana Hassan dalam kejadian pagi itu sedang dalam persediaan perjalanan untuk berkhidmat di sebuah hospital di Arab Saudi.

Ibu saudara mangsa Mariani Baharin, 53, Adik Maria baharin,berkata Noorhaslinda Diyana, jururawat bilik pembedahan sebuah hospital swasta di Bandar Hilir di sini, berhasrat bekerja di Arab Saudi untuk membantu keluarga dan menimba pengalaman di negara itu.

Sementara pelaku berusia 26 tahun dipercayai anak angkat Maria Baharin, turut mencederakan adik Noorhaslinda Diyana iaitu Nur Aqiedah Aeina, 24, dan neneknya Siti Khatijah Mohamed, 79. Suspek ditahan Polis Melaka di Masjid Bukit Rambai di sini kira-kira 11 pagi. Mohammad Taufeq yang mati adalah adik Noorhaslinda Diyana.

Mariani, seorang suri rumah berkata, mereka amat terkejut apabila diberitahu kejadian itu dilakukan seorang lelaki yang dijaga kakaknya, Maria, sejak kecil.

Sementara itu, sepupu mangsa, Lina Arina Mohamad A’fifi, 26, berkata suspek yang tinggal di rumah keluarga berkenaan disifatkan sebagai seorang yang murung dan sering menyendiri.

Menurutnya, suspek yang pernah ditempatkan di Sekolah Henry Gurney di sini, sering bertukar pekerjaan.

“Kami tahu dia ambil dadah sebab pernah terbau walaupun tidak pernah melihatnya. Dia juga boleh duduk berjam-jam dalam tandas,” katanya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  eberita




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah