SHOPPE

Penduduk Umpama Zombie Akibat Pokemon GO

Share:
Penduduk Umpama Zombie Akibat Pokemon GO



Kerana Pokemon Go, penduduk di kawasan berhampiran taman memorial untuk memperingati wira perang di Hornsea, East Yorkshire, menjadi tidak keruan.




Ini kerana sejak enam minggu lalu rumah mereka menjadi tumpuan pemain Pokemon.

Kawasan berkenaan direka untuk tiga ‘PokeStops’ di mana pemain Pokemon Go membanjiri lokasi terbabit untuk mendapatkan lebih banyak `telur’ dan ‘Poke Balls’, yang diperlukan untuk menangkap Pokemon.


Menurut salah seorang penduduk, kehidupan mereka telah bertukar umpama `zombie’ dan keadaan bertambah teruk pada hujung minggu.

Selain membanjiri kawasan berkenaan, pemain Pokemon Go juga telah menyebabkan kerosakan terhadap kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dan harta benda awam juga dimusnahkan.

“Kami tidak mendapat tidur yang mencukupi pada waktu malam kerana mereka membuat bising dan mengganggu lalu lintas, sepanjang masa 24/7.

“Ia sepatutnya menjadi taman memorial namun kini ia menjijikkan dan menganggu ketenteraman awam,’’ katanya.

Keadaan ini memaksa penduduk membuat laporan polis susulan gangguan terbabit.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah