Pada minggu lalu, Zhou telah memuat naik beberapa siri gambarnya menerusi laman Weibo. Foto-foto yang dimuat naik itu memaparkan keadaan badan dan mukanya yang dipenuhi dengan parut kesan daripada kebakaran yang dialaminya.
Bersama-sama dengan gambar yang dimuat naik itu, Zhou turut menyelitkan beberapa puisi yang ditulisnya bagi menggambarkan perasaan yang pernah dilaluinya.
Foto itu menjadi viral di China apabila telah menerima lebih 45,000 tanda likes dan 18,000 komen. Kebanyakan netizen menzahirkan betapa mereka mengagumi Zhou atas keberanian, kecekalan dan juga kecantikannya.
Bagaimanapun, tidak ketinggalan juga sebilangan warganya yang turut mencemuh si pelaku sebagai ‘son of a bitch’ kerana hampir membakar wajah Zhou.
GAMBAR ZHOU SEBELUM DAN SELEPAS KEJADIAN.
Menurut laman Shanghaiist, Zhou pernah beberapa kali menolak perlawaan Tao sehinggakan ibu bapa Zhou terpaksa memindahkannya ke sekolah lain untuk menjauhi lelaki berkenaan.
Oleh kerana cintanya ditolak, Tao nekad pergi ke rumah Zhou dan mencurahkan minyak tanah ke atas wanita itu lalu membakarnya.
Akibat insiden berkenaan, Zhou mengalami kesan terbakar tahap dua dan tiga meliputi 30 peratus bahagian badannya.
Kejadian yang menimpa Zhou dan perdebatan antara kedua-dua keluarga ini dalam menuntut ganti rugi menjadi perbualan hangat di negara itu.
Bagaimanapun pada 2012, Tao didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun. Manakala keluarga Zhou turut menuntut pampasan sebanyak 4.67 juta yuan daripada keluarga Tao, namun hanya 1.72 juta yuan diluluskan oleh mahkamah dalam perbicaraan penuh kontorversi pada 2015.
Terbaharu, pada Mac lalu, pihak mahkamah memutuskan jumlah pampasan diterima Zhou dinaikkan menjadi 1.8 juta yuan.
Zhou yang mendengar keputusan itu pengsan di dalam mahkamah setelah mengetahui bahawa jumlah pampasan yang diterima hanya meningkat sebanyak 80,000 Yuan.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)