SHOPPE

Sayu, Kisah Isteri Dalam Pantang Hadapi Berbagai Dugaan

Share:
Sayu, Kisah Isteri Dalam Pantang Hadapi Berbagai Dugaan




Sayu, Kisah Isteri Dalam Pantang Hadapi Berbagai Dugaan|Setiap ujian yang datang dalam hidup kita tiada siapa yang tahu dan besar manakah ujian yang Allah berikan.




Tapi setiap ujian yang kita terima baik besar dan kecil adalah kerana Allah semata menyayangi kita. Dan kita adalah insan terpilih.

Keluarga ini adalah salah seorang yang terpilih olehnya bukan satu ujian yang mereka terima,bukan 2, tapi…

Ikutilah kisah mereka yg diceritakan oleh kakak Norsalliana Shaarikandung ‪#‎Norsalbiah‬ Shaari(isteri keluarga ini).

“Saya (salliana) mempunyai seorangg adik perempuan (salbiah) yang berkahwin bulan 3 tahun 2015 umur 22tahun dengan pasangan pilihan hati yang baik yang sesibuk mana pun selalu solat di masjid.

Mak saya memberinya keizinan tinggal di rumah lama kami yang agak serba kekurangan dengan atap zink lama tunggu bila bila je boleh di bawa lari angin kuat.. namun untuk permulaan hidup, mereka terima seadanya..

Beberap bulan bernikah, adik perempuan saya di uji dangan kaki dua dua belah tumpah seperiuk air panas kedai makan tempat kerjanya.. di kejarkan ke HSNZ KT untuk operate kulit peha letak di kaki..minggu dan bulan berganti, klinik dan hospital jadi tempat cuci luka dan lain lain untuk pulihkan kulit lecur dan akhirnya baik dengan tinggalkan kesan parut kekal di kakinya..akibat trauma dia berhenti kerja..

Dalam duka Alhamdulillah mendapat kabar dirinya bakal menimang cahaya mata namun kesihatan dirinya tak memgizinkan untuk anak bertahan lama dalam kandungan, terpaksa bersalin awal, anak hampir 6 bulan usia seberat 690g lahir ke dunia..hidup dalam incubator dengan bantuan mesin pernafasan dan kawalan rapi dari jangkitan kuman.
.
Adik mmbuat keputusan untuk tinggal di Merang rumah mertua senang ulang alik ke HSNZ bagi stok susu ke anak, bermula kisah ulang alik ke hospital hantar susu, pampers dan kadang kadang darah anak tak cukup terpaksa ke hospital jugak.. 44hr pantang macam tak berpantng.. sungguh kuat dirimu..

Di uji lagi, tempat kerja suaminya tak dapat bayar pekerja lagi jadi minta untuk masing masing cari kerja lain..kini suami nya kerja tak tetap..mana yang ada depan mata dia buat, wiring eletrik, tolong buat rumah orang, ke laut dan lain lain.

Di uji lagi, anak di syaki saluran jantung berlubang dan baru baru ni anak operate mata sebab ada masalah mata.. kini berat anak 1.6kg.. masih di hospital belum cukup kuat untuk di lepas pulang ke rumah.. adik lepas raya hari tu berpeluang ada tempat untuk menetap di hospital..mudah sikit..kurang kos minyak kete ulang alik..

Makan makanan hospital kurang sikit kos,cuma pampers anak perlu kerap di beli sbb sehari 8 kali tukar takut ada masalah jangkitan kuman.

Di uji lagi, 3-4 hari baru baru ini angin kuat dan ribut telah menerbangkan atap atap zink rumahnya.. awalnya di bahagian tandas lepas tu di ruang tengah rumah kemudian dalam bilik nya, berselang hari rumah basah di dalam,dapat beberapa keping bantuan zink boleh letak tengah rumah.

dalam bilik masih penuh air hujan mencurah curah selagi tak di baiki.. mereka berdua terpaksa berbulan bulan tinggal kan rumah karena isteri jaga anak yang dah 3 bulan di hospital sementara suami merata rata kerja..

Di uji lagi, petang 12/8/16.. suaminya excident patah tangan suami yg diharapkan dapat mencari duit tampung bayar kereta yang sekarang ni untuk kemudahan ke haspital, suami yang di harapkan dapat bagi duit belanja sedikit dan beli pampers anak kini turut sama terlantar di hospital, selagi tangan belum sembuh selagi itu merrk tiada mata pencarian”

Mungkin Allah merancang yang hebat untuk kamu berdua di masa akan datang dan gunung pahala kesabaran bekalan di sana nanti in shaa Allah..


Moga terus tabah hadapi ujian.. moga kebahgiaan milikkamu berdua
‪#‎Bagi‬ yg sudi membantu, boleh direct ke akaun
‪#‎Maybank‬ 163082212460 Norsalbiah Shaari.
#Maybank 163082209735 Norsalliana Shaari ( ‪#‎kakak‬ ‪#‎kandung‬ ‪#‎Nosalbiah‬)
‪#‎Terima‬ kasih. Moga jasa baik kalian Allah balas dgn rezeki yg bertambah. Amin.
******************************************
Update perkembangan:
Tempat menetap di bilik menunggu dah tak dapat.. adik perempuan saya ulang alik wad anak dan wad suami yang akan di operate tangan masuk besi akibat patah tangan excident petang 12/8/16. Doakan dia terus tabah. tadi tanya khabar,dia cakap rasa dah mula tak kuat untuk lalui bila anak dan suami dua di hospital.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  eberita




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah