SATU mayat bayi perempuan ditemui di dalam sebuah hostel kolej swasta di Seremban, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun, sepasukan polis forensik telah dihantar ke hostel tersebut selepas menerima maklumat kira-kira jam 2 petang.
“Sebelum ini pihak polis ada menerima laporan dari Hospital Tuanku Jaafar mengesahkan seorang pesakit perempuan 22 tahun mengalami pendarahan yang teruk akibat dari keguguran.
“Pesakit ini merupakan pelajar sebuah kolej swasta yang masih bujang dan belum pernah berkahwin,” kata Zaki Harun kepada sebuah akhbar tempatan.
Tambahnya, soal siasat terhadap pesakit perempuan itu membawa kepada penemuan mayat bayi perempuan yang dibalut dengan tuala dan diletakkan di dalam beg plastik dan disembunyikan dalam loker biliknya.
Suspek mendakwa dirinya mengalami sakit perut yang teruk pada Isnin lalu dan mengakui berlakunya pendarahan sebelum dibawa ke hospital oleh rakan sebiliknya yang menyangka suspek menghidap apendiks.
Selepas tiba di hospital, suspek mengakui bersalin di dalam tandas bilik dan memotong sendiri tali pusat bayinya pada awal pagi Isnin sebelum tali pusat tersebut dibuang dalam mangkuk tandas.
Suspek juga mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya sejak tahun 2015.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)